Thursday, 29 October 2015

Takaful Ikhlas bantu 5 sekolah terjejas banjir di Jerantut





27 Oct 2015


UTUSAN MALAYSIA

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) menyampaikan sumbangan sebanyak RM15.000 kepada pasukan Solidariti Kumpulan Utusan untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir besar di daerah Jerantut, Pahang, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latif Abu Bakar berkata, bantuan yang ingin disampaikan itu juga merupakan bantuan 'kembali ke sekolah' bagi memastikan murid­-murid dan para pelajar di daerah terbabit meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih sempurna.

"Kami memberikan sumbangan kepada lima buah sekolah di mana setiap sekolah akan menerima RM3.000. "Selari dengan sistem takaful yang menganjurkan semangat saling bantu­ membantu dalam kalangan peserta, ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk berkongsi dengan golongan memerlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di sini hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor. Sejak April 2013, Takaful Ikhlas telah menyumbangkan lebih daripada RM2.5 juta untuk program CSR yang menumpukan kepada kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Menurut Ab. Latif lagi, pihaknya bukan sahaja menjalankan inisiatif CSR bagi bencana alam tetapi juga program­-+program kebajikan lain di seluruh negara.

"Kita ada menjalankan pemberian zakat kepada sekolah maahad tahfiz dan beraliran agama Islam di seluruh negara, sumbangan peralatan persekolahan kepada golongan asnaf pada hujung tahun serta beberapa aktiviti kebajikan lain.

"Kita juga ada menubuhkan mobile musolla yang kini beroperasi di Kuantan bertujuan memudahkan orang ramai menunaikan solat di tempat­tempat awam seperti di pasar malam, stadium dan sebagainya," katanya. Dalam pada itu, Ab. Latif berkata, kesedaran masyarakat mengenai pengambilan insurans bencana alam sangat rendah dan membimbangkan.

"Insurans bencana alam sangat penting dan merupakan satu keperluan lebih-­lebih lagi di kawasan yang sering dilanda banjir tetapi orang ramai masih tidak sedar akan perkara ini. "Menjadi cabaran untuk kita mengubah mentaliti masyarakat mengenai kepentingan insurans secara keseluruhannya dan kami berharap mendapat sokongan pelbagai pihak untuk sama­-sama mewujudkan persekitaran masyarakat yang mementingkan perlindungan insurans," katanya.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Thursday, 22 October 2015

Cabaran Ekonomi




21 Oct 2015




HARIAN METRO


Industri takaful di negara ini dijangka berkembang perlahan pada tahun ini berikulan berdepan cabaran ekonomi yang memberi kesan langsung kepada sentimen pengguna untuk lebih berhati-­hati ketika berbelanja.

Setakat tahun lalu, nilai pasaran industri takaful dijangka mencatatkan sekitar RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dengan purata peningkatan dua digit dari setahun ke setahun. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), Ab Latiff Abu Bakar berkata, nisbah antara penguasaan pasaran industri perlindungan insurans tempatan masih lagi didominasi syarikat konvensional iaitu sekitar 70 peratus berbanding takaful sebanyak 30 peratus ketika ini.

Beliau berkata, beberapa faktor menyebabkan perkembangan industri takaful mengalami pergerakan pertumbuhan perlahan antaranya pemain industri berkenaan terlalu bergantung kepada produk sumbangan tunggal.

"Selain itu, kesedaran pengguna untuk memilih produk takaful masih lagi rendah berbanding produk konvensional juga menjadi salah satu faktor yang mungkin disebabkan produk ditawarkan tidak sesuai dengan kehendak pengguna terutama dalam produk perlindungan am.

"Namun, saya melihat dengan aktiviti kesedaran ini kepada pelanggan terutama masyarakat Islam untuk memilih produk takaful sentiasa diteruskan oleh semua pemain industri akan memberi peluang kepada mereka menjadi pengedar produk yang mampu menjana pendapatan," katanya di,.sini, baru-­baru ini.

Untuk tahun kewangan berakhir Mac 2015, sumbangan kasar Takaful Ikhlas meningkat sebanyak 7.3 peratus daripada RM769.6 juta kepada RM826.0 juta. Perniagaan Takaful Keluarga menyumbang sebanyak 66.8 peratus daripada jumlah sumbangan kasar dan meningkat 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala Takaful Am menyumbang 33.2 peratus dengan peningkatan sebanyak 22.7 peratus.

Ketika ini, Takaful Ikhlas mempunyai 3,000 pengedar atau ejen produk takaful keluarga dan 1,000 daripadanya adalah aktif manakala 30 peratus daripada angka itu terdiri daripada generasi Y. Abd Latif berkata, syarikatnya menyasarkan untuk menambah 2,000 pengedar takaful keluarga pada tahun ini dengan memberi pendedahan mengenai peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan pelajar universiti.

"Ada antara ejen generasi Y kita yang berjaya menjadikan bidang ini sebagai profesion dengan mencatatkan pendapatan lebih RM10,000 sebulan," katanya.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Monday, 19 October 2015

Tuntutan ikut kontrak


18 Oct 2015



BERITA MINGGU


Bagaimanakah pembahagian manfaat takaful bagi tuntutan membabitkan penamaan hibah dan wasiat?

Setiap manfaat takaful yang diperoperoleh akan dilihat daripada instrumen yang diguna pakai oleh peserta, sama ada penamaan hibah atau wasiat. Jika peserta mengambil pelan takaful dan kontrak yang mengandungi elemen hibah, maka manfaat itu akan dibahagikan mengikut harta hibah. Jika kontrak itu mengandungi elemen wasiat maka manfaat takaful dibahagikan mengikut harta wasiat dan hendaklah diserahkan kepada ahli keluarga mengikut kiraan faraid.

Mengikut pengamalan takaful, jika peserta membuat penamaan hibah bersyarat maka manfaat harta dimiliki waris sepenuhnya dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka. Tetapi jika penamaan dibuat adalah wasiat maka harta itu hendaklah diagihkan mengikut kiraan faraid yang telah ditetapkan. Pun begitu, penama yang dilantik hanyalah sebagai pemegang amanah dan tidak berhak sepenuhnya terhadap manfaat takaful itu. Apabila seseorang itu meninggal dunia harta peninggalannya tergantung kepada lima perkara mengikut turutan. Pertama, digunakan untuk menyelesaikan urusan jenazahnya.

Kedua, menyelesaikan gadaian atau harta yang dipinjamnya daripada orang lain. Ketiga, membayar hutang si mati sama ada hutang kepada manusia mahupun hutang kepada Allah SWT. Menunaikan wasiat si mati jika ada berwasiat. Keempat, membahagikan harta pusaka kepada waris. Kesimpulannya, setiap kontrak yang dipilih oleh peserta hendaklah difahami terlebih dahulu bagi mengelakkan permasalahan akan datang.

Kesan daripada penggunaan elemen wasiat dan hibah menjadikan sama ada penama adalah sepenuhnya berhak atau tidak terhadap manfaat itu. Ilmu pengetahuan berkenaan hendaklah dipersiapkan bagi mengelak perselisihan antara ahli keluarga disebabkan oleh harta. Disarankan supaya berwasiat ketika hidup kerana amatlah malang bagi mereka yang tidak berbuat demikian berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: "Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat berwasiat."

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Thursday, 15 October 2015

Pelan pilihan pertama



27 Sep 2015 

BERITA MINGGU


Adakah semua institusi kewangan Islam wajib menawarkan perlindungan takaful kepada semua pakej pembiayaan? 

Menyambut baik hasrat untuk jmmgr meningkatkan ekonomi Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) telah menetapkan institusi kewangan Islam hendaklah menawarkan pelan takaful sebagai pilihan pertama bagi pakej pembiayaan kepada pelanggan yang mendapatkan pembiayaan Islam. 

Pilihan pertama bermakna institusi kewangan Islam hanya mengemukakan perlindungan takaful bukan kedua­-dua perlindungan takaful dan insuran konvensional secara serentak. Perkara ini adalah bersesuaian dengan prinsip asas dan tujuan aktiviti takaful. 

Ia juga selaras firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu bertolong­tolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong­-tolongan pada melakukan dosa maksiat) dan permusuhan." (Surah al Maidah, ayat 2) 

Lazimnya apabila kita memohon sebarang pembiayaan di bank, kemungkinan pegawai bank menawarkan produk takaful kepada pelanggan sama ada Takaful Bertempoh Mengurangkan Pinjaman/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), Takaful Kredit Kelompok Bertempoh/ Group Credit Term Takaful (GCTT) atau produk takaful am iaitu Takaful Motor, Takaful Kebakaran, Takaful Isi Rumah, Takaful Empunya Rumah dan Perlindungan Kemalangan Diri. 

Semua produk itu untuk memberi perlindungan kepada pelanggan sepanjang tempoh pinjaman sekali gus melindungi pelanggan bank atau peminjam daripada tuntutan menjelaskan hutang jika berlaku sebarang musibah kepada mereka. 

Sistem ini secara jelas menolak amalan riba yang asasnya tidak adil kepada pelanggan. Hakikatnya pelanggan bank boleh memilih manamana pelan perlindungan takaful yang disediakan di setiap bank. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangari) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah al­Baqarah, ayat 275). 

Jabatan Pematuhan Syariah 
Takaful Ikhlas Berhad