HARIAN METRO
Industri takaful di negara ini dijangka berkembang perlahan pada tahun ini berikulan berdepan cabaran ekonomi yang memberi kesan langsung kepada sentimen pengguna untuk lebih berhati-hati ketika berbelanja.
Setakat tahun lalu, nilai pasaran industri takaful dijangka mencatatkan sekitar RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dengan purata peningkatan dua digit dari setahun ke setahun. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), Ab Latiff Abu Bakar berkata, nisbah antara penguasaan pasaran industri perlindungan insurans tempatan masih lagi didominasi syarikat konvensional iaitu sekitar 70 peratus berbanding takaful sebanyak 30 peratus ketika ini.
Beliau berkata, beberapa faktor menyebabkan perkembangan industri takaful mengalami pergerakan pertumbuhan perlahan antaranya pemain industri berkenaan terlalu bergantung kepada produk sumbangan tunggal.
"Selain itu, kesedaran pengguna untuk memilih produk takaful masih lagi rendah berbanding produk konvensional juga menjadi salah satu faktor yang mungkin disebabkan produk ditawarkan tidak sesuai dengan kehendak pengguna terutama dalam produk perlindungan am.
"Namun, saya melihat dengan aktiviti kesedaran ini kepada pelanggan terutama masyarakat Islam untuk memilih produk takaful sentiasa diteruskan oleh semua pemain industri akan memberi peluang kepada mereka menjadi pengedar produk yang mampu menjana pendapatan," katanya di,.sini, baru-baru ini.
Untuk tahun kewangan berakhir Mac 2015, sumbangan kasar Takaful Ikhlas meningkat sebanyak 7.3 peratus daripada RM769.6 juta kepada RM826.0 juta. Perniagaan Takaful Keluarga menyumbang sebanyak 66.8 peratus daripada jumlah sumbangan kasar dan meningkat 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala Takaful Am menyumbang 33.2 peratus dengan peningkatan sebanyak 22.7 peratus.
Ketika ini, Takaful Ikhlas mempunyai 3,000 pengedar atau ejen produk takaful keluarga dan 1,000 daripadanya adalah aktif manakala 30 peratus daripada angka itu terdiri daripada generasi Y. Abd Latif berkata, syarikatnya menyasarkan untuk menambah 2,000 pengedar takaful keluarga pada tahun ini dengan memberi pendedahan mengenai peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan pelajar universiti.
"Ada antara ejen generasi Y kita yang berjaya menjadikan bidang ini sebagai profesion dengan mencatatkan pendapatan lebih RM10,000 sebulan," katanya.
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my
0 komen:
Post a Comment