BERITA MINGGU
Adakah semua institusi kewangan Islam wajib menawarkan perlindungan takaful kepada semua pakej pembiayaan?
Menyambut baik hasrat untuk jmmgr meningkatkan ekonomi Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) telah menetapkan institusi kewangan Islam hendaklah menawarkan pelan takaful sebagai pilihan pertama bagi pakej pembiayaan kepada pelanggan yang mendapatkan pembiayaan Islam.
Pilihan pertama bermakna institusi kewangan Islam hanya mengemukakan perlindungan takaful bukan kedua-dua perlindungan takaful dan insuran konvensional secara serentak. Perkara ini adalah bersesuaian dengan prinsip asas dan tujuan aktiviti takaful.
Ia juga selaras firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu bertolongtolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat) dan permusuhan." (Surah al Maidah, ayat 2)
Lazimnya apabila kita memohon sebarang pembiayaan di bank, kemungkinan pegawai bank menawarkan produk takaful kepada pelanggan sama ada Takaful Bertempoh Mengurangkan Pinjaman/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), Takaful Kredit Kelompok Bertempoh/ Group Credit Term Takaful (GCTT) atau produk takaful am iaitu Takaful Motor, Takaful Kebakaran, Takaful Isi Rumah, Takaful Empunya Rumah dan Perlindungan Kemalangan Diri.
Semua produk itu untuk memberi perlindungan kepada pelanggan sepanjang tempoh pinjaman sekali gus melindungi pelanggan bank atau peminjam daripada tuntutan menjelaskan hutang jika berlaku sebarang musibah kepada mereka.
Sistem ini secara jelas menolak amalan riba yang asasnya tidak adil kepada pelanggan. Hakikatnya pelanggan bank boleh memilih manamana pelan perlindungan takaful yang disediakan di setiap bank.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangari) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah alBaqarah, ayat 275).
Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my
0 komen:
Post a Comment