Sibu, Sarawak 16 April 2015 –Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Baitulmal, Sarawak. Majlis penyerahan sumbangan zakat ini telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Hj Ab Latiff bin Haji Abu Bakar bersempena dengan Minggu Saham Amanah 2015 kepada Y.Bhg.Datu Haji Abang Mohammad Shibli Bin Haji Abang Mohammad Nailie, Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak.
“Tujuan Penyerahan Sumbangan Zakat Perniagaan Takaful IKHLAS adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada para asnaf. Sumbangan zakat ini juga adalah sebagai salah satu cara untuk menerapkan semangat saling tolong-menolong dan membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik selaras dengan sistem Takaful yang berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Hj Ab Latiff bin Haji Abu Bakar.
“Takaful IKHLAS juga berperanan dalam memenuhi ’Tanggungjawab Sosial Korporat’ kepada masyarakat. Justeru, Takaful IKHLAS sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan prinsip dan nilai Islam di dalam urusan perniagaannya akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan menerusi program IKHLAS Untuk Komuniti dan juga sumbangan zakat secara berkala”, jelas Ab Latiff.
“Kami bangga kerana budaya prihatin dan kecemerlangan profesional dan teknikal kami membolehkan kami memenuhi komitmen ini kepada komuniti. Sumbangan yang diberikan ini diharap dapat meringankan beban golongan-golongan yang memerlukan di samping menjadi contoh dan ikutan kepada institusi-institusi lain dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat”, tambah beliau lagi.
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my
0 komen:
Post a Comment