Friday, 4 December 2015

Takaful Ikhlas diiktiraf Pengendali Terbaik 2015



28 Mei 2015
HARIAN METRO

Kuala Lumpur : Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) meraih pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 yang berprestij daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, anugerah terbabit membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia.

Katanya, sejak 13 tahun yang lalu, syarikat berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan pesertanya.

"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini dan anugerah ini dapat mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan terhadap kami. Pada hari ini, reputasi kami di pasaran Malaysia sudah diiktiraf sebagai satu jenama dinamik dan terbaik yang dikenali ramai.

"Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan ke pada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen kami untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Global Banking & Finance Review adalah portal dalam talian yang dibaca oleh 200 negara berbeza, manakala The Global Banking and Finance Review Awards diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu khususnya komuniti kewangan global.

Anugerah ini dikenali dalam seluruh komuniti per bankan dan kewangan global serta melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dari inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.



Tuesday, 1 December 2015

Sasar RM1 bilion menjelang 2016

HARIAN METRO - 28 November 2015





Takaful Ikhlas Bhd berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran sumbangan kasar premium RM1 bilion menjelang 2016 biarpun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya juga mengunjurkan pertumbuhan antara 5 hingga 10 peratus bagi tahun depan.

Beliau berkata, syarikat itu juga akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam pasaran tempatan tahun depan serta mempelbagaikan produk yang lebih komprehensif. "Kami akan berusaha untuk memperoleh RM1 bilion itu, malah dalam tempoh enam bulan pertama, kami mencapai sasaran, namun dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu kami tidak terlalu optimis bagi separuh kedua tahun ini.

"Buat masa ini, perolehan sumbangan kasar syarikat sebanyak 60 peratus disumbangkan oleh takaful keluarga dan 40 peratus adalah takaful am," katanya kepada taklimat media sempena kunjungan ke Balai Berita The News Straits Times Press (NSTP) di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar dan delegasi daripada takaful Ikhlas. Ab Latiff berkata, pihaksnya edang membangunkan produk merangkumi semua keperluan pelanggannya dan memperkenalkan e-pendaftaran bagi segmen digitalnya.

Menurutnya, Takaful Ikhlas perlu bertindak seiring dengan arus kemodenan dan telah membe lanjakan lebih kurang RM10 juta bagi mengaplikasikan teknologi ke dalam operasi syarikat dalam tempoh tiga tahun. "Kami mempunyai lebih dua juta pemegang polisi dan sudah tiba masanya, pendekatan digital digunakan bagi memudahkan pemilikan takaful di kalangan masyarakat.

Syarikat turut menyediakan gajet pintar bagi ejen Takaful Ikhlas bagi memudahkan mereka membuat epenghantaran borang permohonan," katanya.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my