BERITA HARIAN
Dewasa ini kita banyak mendengar kisah individu yang tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit kritikal terutama kanser. Namun, masih ada yang tidak prihatin untuk menyertai pelan takaful dalam persediaan kos perubatan kerana belum mengetahui manfaatnya.
Manfaat pelan perubatan meliputi sudut rohani dan manfaat kewangan. Secara rohaniah, konsep tabung kematian khairat dijadikan panduan bagi menghayati konsep sebenar takziah dengan membuktikan sifat cintakan saudara. Daripada sahih Muslim, daripada Nu'man bin Basyir, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang beriman dalam berkasih sayang, saling mengasihi dan mencintai bagaikan tubuh (yang satu); jikalau satu bahagian menderita sakit maka bahagian lain akan turut menderita."
Melihat gaya hidup masa kini, kita mudah terdedah kepada penyakit seperti kanser, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Kematian mengejut disebabkan kemalangan juga menyebabkan keluarga waris terpaksa mencari bantuan kewangan yang bukan sedikit jumlahnya. Perancangan awal dengan menyertai pelan perubatan sekurangkurangnya dapat meringankan bebanan kepada waris peserta. Sejajar perkembangan semasa, Takaful Ikhlas Berhad optimis menawarkan produk 2 dalam l untuk perancangan kewangan gantian pendapatan dan bantuan tanpa tunai kos perubatan melalui produk IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider.
Dengan memiliki kad mediplan ini, peserta tidak perlu risau mengenai kos hospital dan perubatan apabila dimasukkan ke hospital. Pelan ini ternyata meringankan beban kewangan dengan tawaran pelbagai manfaat yang istimewa. Malah, peserta turut ditawarkan ganjaran bayaran semula sebanyak 50 peratus bagi manfaat bilik hospital dan makanan yang tidak digunakan tertakluk kepada syarat telah ditetapkan. Contohnya, Ahmad sepatutnya berhak untuk mendapat manfaat sebanyak RM700 namun atas sebab tertentu beliau hanya menggunakan bilik berharga RM300. Takaful IKHLAS akan membayar semula 50 peratus daripada bahagian yang tidak digunakan iaitu RM200.
Oleh itu, masyarakat yang bijak seharusnya mengambil peluang memanfaatkan kelebihan yang ada dengan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan menyertai pelan perlindungan perubatan dapat memastikan diri dan ahli keluarga mendapat perlindungan sebaiknya.
Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my