SINAR HARIAN
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab LatifF Abu Bakar berkata, anugerah tersebut membuktikan bahawa produk Takaful Ikhlas adalah setanding dengan syarikatsyarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif.
"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini kerana dapat mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap Takaful Ikhlas, selain memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan kami.
"Sejak 13 tahun lalu, kami berjaya mengukuhkan kehadiran dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya," katanya melalui satu kenyataan media, semalam.
Ab Latiff juga berkata, Takaful Ilchlas sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebar luas muamalat Islam di negara ini dan juga peringkat global.
"Kami sentiasa menawarkan produkproduk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi Takaful Ikhlas," katanya.
Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my