Friday, 4 December 2015

Takaful Ikhlas diiktiraf Pengendali Terbaik 2015



28 Mei 2015
HARIAN METRO

Kuala Lumpur : Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) meraih pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 yang berprestij daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, anugerah terbabit membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia.

Katanya, sejak 13 tahun yang lalu, syarikat berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan pesertanya.

"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini dan anugerah ini dapat mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan terhadap kami. Pada hari ini, reputasi kami di pasaran Malaysia sudah diiktiraf sebagai satu jenama dinamik dan terbaik yang dikenali ramai.

"Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan ke pada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen kami untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Global Banking & Finance Review adalah portal dalam talian yang dibaca oleh 200 negara berbeza, manakala The Global Banking and Finance Review Awards diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat dari pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu khususnya komuniti kewangan global.

Anugerah ini dikenali dalam seluruh komuniti per bankan dan kewangan global serta melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dari inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.



Tuesday, 1 December 2015

Sasar RM1 bilion menjelang 2016

HARIAN METRO - 28 November 2015





Takaful Ikhlas Bhd berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran sumbangan kasar premium RM1 bilion menjelang 2016 biarpun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya juga mengunjurkan pertumbuhan antara 5 hingga 10 peratus bagi tahun depan.

Beliau berkata, syarikat itu juga akan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam pasaran tempatan tahun depan serta mempelbagaikan produk yang lebih komprehensif. "Kami akan berusaha untuk memperoleh RM1 bilion itu, malah dalam tempoh enam bulan pertama, kami mencapai sasaran, namun dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu kami tidak terlalu optimis bagi separuh kedua tahun ini.

"Buat masa ini, perolehan sumbangan kasar syarikat sebanyak 60 peratus disumbangkan oleh takaful keluarga dan 40 peratus adalah takaful am," katanya kepada taklimat media sempena kunjungan ke Balai Berita The News Straits Times Press (NSTP) di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar dan delegasi daripada takaful Ikhlas. Ab Latiff berkata, pihaksnya edang membangunkan produk merangkumi semua keperluan pelanggannya dan memperkenalkan e-pendaftaran bagi segmen digitalnya.

Menurutnya, Takaful Ikhlas perlu bertindak seiring dengan arus kemodenan dan telah membe lanjakan lebih kurang RM10 juta bagi mengaplikasikan teknologi ke dalam operasi syarikat dalam tempoh tiga tahun. "Kami mempunyai lebih dua juta pemegang polisi dan sudah tiba masanya, pendekatan digital digunakan bagi memudahkan pemilikan takaful di kalangan masyarakat.

Syarikat turut menyediakan gajet pintar bagi ejen Takaful Ikhlas bagi memudahkan mereka membuat epenghantaran borang permohonan," katanya.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Thursday, 29 October 2015

Takaful Ikhlas bantu 5 sekolah terjejas banjir di Jerantut





27 Oct 2015


UTUSAN MALAYSIA

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) menyampaikan sumbangan sebanyak RM15.000 kepada pasukan Solidariti Kumpulan Utusan untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir besar di daerah Jerantut, Pahang, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latif Abu Bakar berkata, bantuan yang ingin disampaikan itu juga merupakan bantuan 'kembali ke sekolah' bagi memastikan murid­-murid dan para pelajar di daerah terbabit meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih sempurna.

"Kami memberikan sumbangan kepada lima buah sekolah di mana setiap sekolah akan menerima RM3.000. "Selari dengan sistem takaful yang menganjurkan semangat saling bantu­ membantu dalam kalangan peserta, ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk berkongsi dengan golongan memerlukan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di sini hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor. Sejak April 2013, Takaful Ikhlas telah menyumbangkan lebih daripada RM2.5 juta untuk program CSR yang menumpukan kepada kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Menurut Ab. Latif lagi, pihaknya bukan sahaja menjalankan inisiatif CSR bagi bencana alam tetapi juga program­-+program kebajikan lain di seluruh negara.

"Kita ada menjalankan pemberian zakat kepada sekolah maahad tahfiz dan beraliran agama Islam di seluruh negara, sumbangan peralatan persekolahan kepada golongan asnaf pada hujung tahun serta beberapa aktiviti kebajikan lain.

"Kita juga ada menubuhkan mobile musolla yang kini beroperasi di Kuantan bertujuan memudahkan orang ramai menunaikan solat di tempat­tempat awam seperti di pasar malam, stadium dan sebagainya," katanya. Dalam pada itu, Ab. Latif berkata, kesedaran masyarakat mengenai pengambilan insurans bencana alam sangat rendah dan membimbangkan.

"Insurans bencana alam sangat penting dan merupakan satu keperluan lebih-­lebih lagi di kawasan yang sering dilanda banjir tetapi orang ramai masih tidak sedar akan perkara ini. "Menjadi cabaran untuk kita mengubah mentaliti masyarakat mengenai kepentingan insurans secara keseluruhannya dan kami berharap mendapat sokongan pelbagai pihak untuk sama­-sama mewujudkan persekitaran masyarakat yang mementingkan perlindungan insurans," katanya.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Thursday, 22 October 2015

Cabaran Ekonomi




21 Oct 2015




HARIAN METRO


Industri takaful di negara ini dijangka berkembang perlahan pada tahun ini berikulan berdepan cabaran ekonomi yang memberi kesan langsung kepada sentimen pengguna untuk lebih berhati-­hati ketika berbelanja.

Setakat tahun lalu, nilai pasaran industri takaful dijangka mencatatkan sekitar RM3.5 bilion hingga RM4 bilion dengan purata peningkatan dua digit dari setahun ke setahun. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), Ab Latiff Abu Bakar berkata, nisbah antara penguasaan pasaran industri perlindungan insurans tempatan masih lagi didominasi syarikat konvensional iaitu sekitar 70 peratus berbanding takaful sebanyak 30 peratus ketika ini.

Beliau berkata, beberapa faktor menyebabkan perkembangan industri takaful mengalami pergerakan pertumbuhan perlahan antaranya pemain industri berkenaan terlalu bergantung kepada produk sumbangan tunggal.

"Selain itu, kesedaran pengguna untuk memilih produk takaful masih lagi rendah berbanding produk konvensional juga menjadi salah satu faktor yang mungkin disebabkan produk ditawarkan tidak sesuai dengan kehendak pengguna terutama dalam produk perlindungan am.

"Namun, saya melihat dengan aktiviti kesedaran ini kepada pelanggan terutama masyarakat Islam untuk memilih produk takaful sentiasa diteruskan oleh semua pemain industri akan memberi peluang kepada mereka menjadi pengedar produk yang mampu menjana pendapatan," katanya di,.sini, baru-­baru ini.

Untuk tahun kewangan berakhir Mac 2015, sumbangan kasar Takaful Ikhlas meningkat sebanyak 7.3 peratus daripada RM769.6 juta kepada RM826.0 juta. Perniagaan Takaful Keluarga menyumbang sebanyak 66.8 peratus daripada jumlah sumbangan kasar dan meningkat 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala Takaful Am menyumbang 33.2 peratus dengan peningkatan sebanyak 22.7 peratus.

Ketika ini, Takaful Ikhlas mempunyai 3,000 pengedar atau ejen produk takaful keluarga dan 1,000 daripadanya adalah aktif manakala 30 peratus daripada angka itu terdiri daripada generasi Y. Abd Latif berkata, syarikatnya menyasarkan untuk menambah 2,000 pengedar takaful keluarga pada tahun ini dengan memberi pendedahan mengenai peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan pelajar universiti.

"Ada antara ejen generasi Y kita yang berjaya menjadikan bidang ini sebagai profesion dengan mencatatkan pendapatan lebih RM10,000 sebulan," katanya.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Monday, 19 October 2015

Tuntutan ikut kontrak


18 Oct 2015



BERITA MINGGU


Bagaimanakah pembahagian manfaat takaful bagi tuntutan membabitkan penamaan hibah dan wasiat?

Setiap manfaat takaful yang diperoperoleh akan dilihat daripada instrumen yang diguna pakai oleh peserta, sama ada penamaan hibah atau wasiat. Jika peserta mengambil pelan takaful dan kontrak yang mengandungi elemen hibah, maka manfaat itu akan dibahagikan mengikut harta hibah. Jika kontrak itu mengandungi elemen wasiat maka manfaat takaful dibahagikan mengikut harta wasiat dan hendaklah diserahkan kepada ahli keluarga mengikut kiraan faraid.

Mengikut pengamalan takaful, jika peserta membuat penamaan hibah bersyarat maka manfaat harta dimiliki waris sepenuhnya dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka. Tetapi jika penamaan dibuat adalah wasiat maka harta itu hendaklah diagihkan mengikut kiraan faraid yang telah ditetapkan. Pun begitu, penama yang dilantik hanyalah sebagai pemegang amanah dan tidak berhak sepenuhnya terhadap manfaat takaful itu. Apabila seseorang itu meninggal dunia harta peninggalannya tergantung kepada lima perkara mengikut turutan. Pertama, digunakan untuk menyelesaikan urusan jenazahnya.

Kedua, menyelesaikan gadaian atau harta yang dipinjamnya daripada orang lain. Ketiga, membayar hutang si mati sama ada hutang kepada manusia mahupun hutang kepada Allah SWT. Menunaikan wasiat si mati jika ada berwasiat. Keempat, membahagikan harta pusaka kepada waris. Kesimpulannya, setiap kontrak yang dipilih oleh peserta hendaklah difahami terlebih dahulu bagi mengelakkan permasalahan akan datang.

Kesan daripada penggunaan elemen wasiat dan hibah menjadikan sama ada penama adalah sepenuhnya berhak atau tidak terhadap manfaat itu. Ilmu pengetahuan berkenaan hendaklah dipersiapkan bagi mengelak perselisihan antara ahli keluarga disebabkan oleh harta. Disarankan supaya berwasiat ketika hidup kerana amatlah malang bagi mereka yang tidak berbuat demikian berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: "Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat berwasiat."

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Thursday, 15 October 2015

Pelan pilihan pertama



27 Sep 2015 

BERITA MINGGU


Adakah semua institusi kewangan Islam wajib menawarkan perlindungan takaful kepada semua pakej pembiayaan? 

Menyambut baik hasrat untuk jmmgr meningkatkan ekonomi Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) telah menetapkan institusi kewangan Islam hendaklah menawarkan pelan takaful sebagai pilihan pertama bagi pakej pembiayaan kepada pelanggan yang mendapatkan pembiayaan Islam. 

Pilihan pertama bermakna institusi kewangan Islam hanya mengemukakan perlindungan takaful bukan kedua­-dua perlindungan takaful dan insuran konvensional secara serentak. Perkara ini adalah bersesuaian dengan prinsip asas dan tujuan aktiviti takaful. 

Ia juga selaras firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu bertolong­tolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong­-tolongan pada melakukan dosa maksiat) dan permusuhan." (Surah al Maidah, ayat 2) 

Lazimnya apabila kita memohon sebarang pembiayaan di bank, kemungkinan pegawai bank menawarkan produk takaful kepada pelanggan sama ada Takaful Bertempoh Mengurangkan Pinjaman/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), Takaful Kredit Kelompok Bertempoh/ Group Credit Term Takaful (GCTT) atau produk takaful am iaitu Takaful Motor, Takaful Kebakaran, Takaful Isi Rumah, Takaful Empunya Rumah dan Perlindungan Kemalangan Diri. 

Semua produk itu untuk memberi perlindungan kepada pelanggan sepanjang tempoh pinjaman sekali gus melindungi pelanggan bank atau peminjam daripada tuntutan menjelaskan hutang jika berlaku sebarang musibah kepada mereka. 

Sistem ini secara jelas menolak amalan riba yang asasnya tidak adil kepada pelanggan. Hakikatnya pelanggan bank boleh memilih manamana pelan perlindungan takaful yang disediakan di setiap bank. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangari) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah al­Baqarah, ayat 275). 

Jabatan Pematuhan Syariah 
Takaful Ikhlas Berhad



Thursday, 24 September 2015

Pelan ringan kos rawatan



6 Sep 2015

BERITA HARIAN

Dewasa ini kita banyak mendengar kisah individu yang tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit kritikal terutama kanser. Namun, masih ada yang tidak prihatin untuk menyertai pelan takaful dalam persediaan kos perubatan kerana belum mengetahui manfaatnya.

Manfaat pelan perubatan meliputi sudut rohani dan manfaat kewangan. Secara rohaniah, konsep tabung kematian khairat dijadikan panduan bagi menghayati konsep sebenar takziah dengan membuktikan sifat cintakan saudara. Daripada sahih Muslim, daripada Nu'man bin Basyir, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang beriman dalam berkasih sayang, saling mengasihi dan mencintai bagaikan tubuh (yang satu); jikalau satu bahagian menderita sakit maka bahagian lain akan turut menderita."

Melihat gaya hidup masa kini, kita mudah terdedah kepada penyakit seperti kanser, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Kematian mengejut disebabkan kemalangan juga menyebabkan keluarga waris terpaksa mencari bantuan kewangan yang bukan sedikit jumlahnya. Perancangan awal dengan menyertai pelan perubatan sekurang­kurangnya dapat meringankan bebanan kepada waris peserta. Sejajar perkembangan semasa, Takaful Ikhlas Berhad optimis menawarkan produk 2 dalam l untuk perancangan kewangan gantian pendapatan dan bantuan tanpa tunai kos perubatan melalui produk IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider.

Dengan memiliki kad mediplan ini, peserta tidak perlu risau mengenai kos hospital dan perubatan apabila dimasukkan ke hospital. Pelan ini ternyata meringankan beban kewangan dengan tawaran pelbagai manfaat yang istimewa. Malah, peserta turut ditawarkan ganjaran bayaran semula sebanyak 50 peratus bagi manfaat bilik hospital dan makanan yang tidak digunakan tertakluk kepada syarat telah ditetapkan. Contohnya, Ahmad sepatutnya berhak untuk mendapat manfaat sebanyak RM700 namun atas sebab tertentu beliau hanya menggunakan bilik berharga RM300. Takaful IKHLAS akan membayar semula 50 peratus daripada bahagian yang tidak digunakan iaitu RM200.

Oleh itu, masyarakat yang bijak seharusnya mengambil peluang memanfaatkan kelebihan yang ada dengan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan menyertai pelan perlindungan perubatan dapat memastikan diri dan ahli keluarga mendapat perlindungan sebaiknya.

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad



Wednesday, 9 September 2015

Pelan untuk keluarga



30 Aug 2015

BERITA MINGGU

Saya ingin bertanya mengenai pelan perlindungan berdasarkan pelaburan yang banyak dilaksanakan oleh takaful. Bolehkah jelaskan bagaimana pelan perlindungan berdasarkan pelaburan itu dilaksanakan dan apakah manfaatnya?

Pelan perlindungan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelan perlindungan menyeluruh bersama pelaburan. Sumbangan Takaful daripada peserta akan diagihkan kepada dua dana iaitu dana takaful dalam bentuk sumbangan penyertaan iaitu tabarru' dan sebahagian dana lagi akan dilaburkan untuk membeli unit saham bagi mendapatkan keuntungan.

Lebihan daripada dana takaful akan dilaburkan dan keuntungannya dibahagikan kepada peserta serta pengendali takaful mengjkut nisbah yang dipersetujui dalam akad. Jika berlaku musibah yang menyebabkan kematian atau peserta mengalami keilatan kekal, maka pihak syarikat akan membayar manfaat periindungan berserta hasil pelaburan mengikut nilai unit semasa. 

Tetapi jika peserta tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh penyertaan takaful, syarikat akan membayar baki dalam akaun pelaburan kepada peserta pada akhir tempoh matang sijil takaful. Seiring dengan perkembangan takaful hari ini, Takaful Ikhlas Berhad juga menawarkan pelbagai pelan periindungan menggabungkan elemen pelaburan.

Antaranya, IKHLASlink Secure Takaful, IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus dan IKHLAS Premier Investment­-Linked Takaful Plus. Pelan terbaru iaitu IKHLASlink Secure Takaful menyediakan pelan
yang menyeluruh dan terbuka kepada peserta berumur bawah 65 tahun. IKHLASlink Secure Takaful ini disertakan 12 Rider pilihan yang boleh dipilih bakal peserta dengan merujuk kepada penjelasan serta penerangan produk oleh wakil takaful yang dilantik.

Peserta juga boleh memilih dana pelaburan seperti Growth Fund, Balance Fund dan Fixed Income Fund. Setiap jenis dana yang dilaburkan mempunyai kelebihan tersendiri. Pelaburan yang disediakan merangkumi pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang. Haruslah difahami bahawa, setiap aktiviti pelaburan diuruskan pengurus dana profesional yang dilantik oleh Takaful IKHLAS Berhad yang semestinya memastikan pelaburan tidak terbabit dengan unsur yang dilarang dalam perniagaan berasaskan Islam.

Jabatan Pematuhan Syariah
Takaful Ikhlas Berhad

Friday, 31 July 2015

Takaful Ikhlas terima anugerah berprestij kali kedua



26 Mei 2015
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 25 Mei – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), unit kepada MNRB Holdings Berhad meraih kejayaan apabila menerima pengiktirafan berprestij ‘Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015’ buat kali kedua, daripada Global Banking & Finance Review, iaitu sebuah portal dalam talian baru-baru ini.

Presidennya, Ab Latiff Abu Bakar berkata, anugerah itu membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan.

Katanya, pengiktirafan ini akan memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen Takaful Ikhlas untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Sejak 13 tahun yang lalu, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan para peserta.

“Kami amat berbesar hati menerima anugerah itu malah reputasi di pasaran Malaysia pada masa kini telah diktiraf sebagai satu ‘jenama’ dinamik dan terbaik serta dikenali ramai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat daripada pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global.

Menurut Ab Latiff, Takaful IKHLAS sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebarluaskan muamalat Islam di negara serta peringkat global tercapai,” katanya.



Monday, 29 June 2015

Takaful Ikhlas Sasar Sumbangan Kasar RM1 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2016





29 Jun 2015
BERNAMA


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Takaful Ikhlas Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, optimis dapat mengumpul sumbangan kasar RM1 bilion pada 2016 menerusi pengenalan produk baharunya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ab Latiff Abu Bakar.

Beliau berkata produk itu menangani keperluan bagi skim perlindungan berbanding simpanan. "Insurans bukan satu kemahuan tapi keperluan. Cuma soalnya ialah kemampuan memiliki.

"Produk baharu ini, Secure Link, bermula dengan pakej minimum RM80 sebulan ke atas (tanpa maksimum)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bersempena Ramadan kepada 50 anak yatim, di sini.

Ab Latiff berkata bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, syarikat memperoleh sumbangan kasar lebih RM800 juta, didorong oleh kedua-dua produk am dan keluarga. Ditanya mengenai rancangan syarikat untuk menembusi pasaran Eropah, beliau berkata pada masa ini Takaful Ikhlas akan menumpukan kepada pertumbuhan perniagaan dalam pasaran tempatan. Kumpulan itu mempunyai subsidiari, Malaysian Re (Dubai) Ltd di Dubai.

"Sama ada kami akan ke sana, Asia Pasifik atau Asia Tenggara, bergantung pada hala tuju kumpulan," katanya, menambah Takaful Ikhlas merancang untuk meneroka ke seberang laut pada 2020. Ab Latiff juga berkata syarikat berharap untuk mengurangkan campuran porfolio motor kepada 60 peratus daripada 70 peratus sekarang.

Mengenai kemungkinan disenaraikan di Bursa Malaysia, beliau berkata perkara itu akan diputuskan kumpulan dan hala tuju masa depan syarikat. Kumpulan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Ogos.


Saturday, 30 May 2015

Takaful Ikhlas terima anugerah



26 Mei 2015
SINAR HARIAN

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab LatifF Abu Bakar berkata, anugerah tersebut membuktikan bahawa produk Takaful Ikhlas adalah setanding dengan syarikat­syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif.

"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini kerana dapat mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap Takaful Ikhlas, selain memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan kami.

"Sejak 13 tahun lalu, kami berjaya mengukuhkan kehadiran dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya," katanya melalui satu kenyataan media, semalam.

Ab Latiff juga berkata, Takaful Ilchlas sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebar luas muamalat Islam di negara ini dan juga peringkat global.

"Kami sentiasa menawarkan produk­produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi Takaful Ikhlas," katanya.


Thursday, 30 April 2015

Takaful Ikhlas Lancarkan Portal Takaful Untuk Warga Kerja Syarikat Permodalan Nasional Berhad


20 Apr 2015


Sibu, Sarawak, 20 April 2015 – Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) hari ini telah melancarkan sebuah portal Takaful Am untuk warga kerja syarikat kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di ruang pameran Takaful IKHLAS bersempena dengan Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 (MSAM 2015) yang dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut bersama semasa pelancaran tersebut adalah Encik Sharkawi bin Alis, Pengerusi Takaful Ikhlas Berhad, En Mohd Din Merican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad dan Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad

Portal www.eikhlas.com.my/erakan yang dilancarkan ini berpayung di bawah portal korporat rasmi milik Takaful IKHLAS yang menawarkan produk-produk Takaful kepada semua warga kerja syarikat kumpulan Permodalan Nasional Berhad. Warga kerja kumpulan syarikat PNB akan mendapat rebat maksimum melalui produk yang ditawarkan. Antaranya adalah Takaful Kenderaan, Takaful Kebakaran (Houseowner), Takaful Isi Rumah (Householder), Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident), IKHLAS Kembara Personal Accident dan IKHLAS Personal Accident Permata Takaful dan banyak lagi. 

“Portal yang interaktif serta mesra pengguna ini diberi nama e-RAKAN ini, dibina khusus untuk menggalakkan warga kerja syarikat kumpulan PNB memilih Takaful IKHLAS sebagai syarikat penyedia takaful bagi perlindungan Takaful Am. Portal ini juga dibina untuk memudahkan transaksi warga kerja syarikat kumpulan Permodalan Nasional Berhad sekiranya mereka ingin melanggan produk-produk Takaful Am dan perkhidmatan kami. Portal ini juga menyalurkan maklumat terkini mengenai produk-produk yang mereka pilih”, kata Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad

“Kami menyediakan pelbagai perlindungan dan manfaat, sebagai contoh sekiranya warga kerja syarikat kumpulan PNB melanggan Takaful motor kami, mereka akan mendapat rebat sebanyak 10% melalui portal ini. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh mendapat rebat sebanyak 25% apabila mengambil pelan komprehensif IKHLAS Kembara Personal Accident. Berbagai pilihan pelan perlindungan dan manfaat boleh diperolehi melalui portal ini”, kata Ab Latiff.

“Transaksi warga kerja syarikat kumpulan PNB juga dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pastinya mereka akan teruja mendapat perkhidmatan sebegini kerana urus niaga ini adalah selamat, cepat, terjamin, tanpa tunai dan sebagainya”, ujar Ab Latiff.

“Adalah diharapkan portal e-RAKAN ini dapat menarik warga kerja syarikat kumpulan PNB untuk mengambil produk-produk Takaful IKHLAS yang juga merupakan salah satu anak syarikat PNB secara tidak langsung. Kami mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PNB kerana memberikan peluang kepada kami untuk memberikan perkhidmatan kepada warga kerja syarikat kumpulan PNB”, jelas Ab Latiff lagi.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Tuesday, 21 April 2015

Takaful Ikhlas Serah Sumbangan Zakat RM20,000 Kepada Tabung Baitulmal Negeri Sarawak Bagi Membantu Mereka Yang Memerlukan Di Minggu Saham Amanah 2015



16 Apr 2015


Sibu, Sarawak 16 April 2015 –Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Baitulmal, Sarawak. Majlis penyerahan sumbangan zakat ini telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Hj Ab Latiff bin Haji Abu Bakar bersempena dengan Minggu Saham Amanah 2015 kepada Y.Bhg.Datu Haji Abang Mohammad Shibli Bin Haji Abang Mohammad Nailie, Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak.

“Tujuan Penyerahan Sumbangan Zakat Perniagaan Takaful IKHLAS adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada para asnaf. Sumbangan zakat ini juga adalah sebagai salah satu cara untuk menerapkan semangat saling tolong-menolong dan membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik selaras dengan sistem Takaful yang berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Hj Ab Latiff bin Haji Abu Bakar.

“Takaful IKHLAS juga berperanan dalam memenuhi ’Tanggungjawab Sosial Korporat’ kepada masyarakat. Justeru, Takaful IKHLAS sebagai sebuah syarikat yang mengamalkan prinsip dan nilai Islam di dalam urusan perniagaannya akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan menerusi program IKHLAS Untuk Komuniti dan juga sumbangan zakat secara berkala”, jelas Ab Latiff.

“Kami bangga kerana budaya prihatin dan kecemerlangan profesional dan teknikal kami membolehkan kami memenuhi komitmen ini kepada komuniti. Sumbangan yang diberikan ini diharap dapat meringankan beban golongan-golongan yang memerlukan di samping menjadi contoh dan ikutan kepada institusi-institusi lain dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat”, tambah beliau lagi.


Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my

Friday, 27 February 2015

Takaful IKHLAS pecat khidmat ejen tipu pelanggan


BERITA HARIAN



Kuala Lumpur: Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana ejennya yang mempunyai masalah disiplin ketika menjual produk insurans syarikat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata pihaknya akan terus menamatkan perkhidmatan ejen jika mereka didapati melanggar undang-undang yang ditetapkan syarikat.

Ubah persepsi negatif
"Ini berikutan masyarakat mempunyai satu persepsi negatif terhadap produk insurans. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengubah persepsi masyarakat. Insurans bukanlah produk yang menipu pelanggan. "Kita memantau dengan teliti setiap ejen bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya pada sidang media ketika membuat lawatan ke Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman dan Ketua Pegawai Komersial (Keluarga) Takaful IKHLAS, Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob. Ab Latiff berkata, pihaknya turut membuat pelaburan yang tinggi dalam penggunaan teknologi di syarikat bagi kemudahan pelanggan.

"Banyak insentif diberikan bagi menggalakkan pelanggan menghantar borang menerusi laman sesawang (e-penyerahan) berbanding secara manual," katanya.



Sumber: www.takaful-ikhlas.com.my